0061.CARA MERAWAT PAYUDARA



  • Hakam Ahmed ElChudrie

Petua Untuk Payudara Tegang dan Anjal

Terdapat pelbagai petua Melayu untuk membantu mengembalikan ketegangan dan keanjalan payudara. Mungkin hasilnya tidak drastik, tetapi ia akan menghasilkan penampilan lebih yakin dan menarik, jika diamalkan selalu. Antara petua-petuanya ialah:


1. Labu - Kupas sebiji labu dan masak sehingga empuk/lembik. Ramas labu itu ketika masih suam. Kemudian sapukan pada ...keseluruhan payu dara. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Amalkan petua ini sebanyak 2 kali seminggu.


2. Daun Sirih – Daun sirih mempunyai peranan penting dalam menganjalkan payudara. Sediakan beberapa helai daun sirih. Layurkan di atas api dan angkat setelah agak-agak panas. Hati-hati supaya daun sirih tidak terbakar. Kemudian tekapkan kepada payudara. Bentukkan ia seperti cawan kopi tetapi tidak menutup puting. lakukan langkah yang sama terhadap payudara satu lagi. Selepas itu, pakai coli seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam. Amalkan petua ini setiap hari.


3. Urutan - Anda juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payudara yang diingini. Urut dengan mengelilingi payudara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.


4. Senaman Payudara - Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan.


0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © KAJIAN ISLAM SEPUTAR SEKS - DONK 2014-2015
Ikuti Kami di Facebook & Fans Page