0022.HUKUM MELIHAT FILM PORNO

PERTANYAAN

Ryan Ingin Trsenyum

gmana hkum.nya kalo sbelum jima' liat blue film dulu? :D

#biar dpt variasi dan mnambah ransangan :D



JAWABAN


Sunde Pati 



تحفة الحبيب على شرح الخطيب (4/ 100)

وخرج به رؤية الصورة في نحو المرآة ومنه الماء فلا يحرم ولو مع شهوة

dan dikecualikan haram melihat adalah melihat gambar yang ada dalam sejenis cermin begitu juga pantulan dalam air maka tidak haram walaupun disertai dengan syahwat

-------------

ومحل ذلك أى عدم حرمة نظر المثال كما هو ظاهر حيث لم يخش فتنة ولا شهوة

dan tempat ketidak keharamannya,mksudnya ketidk keharaman melihat gambar/film yaitu jika tidak dihawatirkan terjadinya fitnah dan syahwat atau nafsu birahi

Tuhfatul Muhtaj juz 7 halaman 192

4 komentar:

Matahari Ceria mengatakan...

Benar, tidak sama hukumnya antara melihat aurat anggota badan yang berjasad dengan melihat aurat anggota badan yang tidak berjasad (misalnya seperti pantulan bayangan cermin atau air, bayang-bayang, lukisan, foto, ukiran, paparan skrin TV dan lain-lain). Melihat aurat anggota badan yang berjasad sememangnya ditegah, adapun melihat aurat anggota badan yang tidak berjasad tidak ditegah kerana kedua-duanya berbeza dari segi zatnya.

Kita berikan misalan. Seseorang yang berdiri di hadapan cermin, kemudian berlaku pantulan imej dirinya pada permukaan cermin. Persoalannya, yang diwajibkan menutup aurat apakah pada bayangan pantulan imej pada permukaan cermin atau jasad yang berdiri di hadapan cermin? Sudah tentulah jasad yang berdiri di hadapan cermin kerana yang wajib ditutupi adalah anggota badan yang berjasad pada diri manusia, bukan pantulan imej atau apa-apa. Adapun yang terzahir pada pantulan cermin dikatakan aurat secara 'aridhi, bukan secara zatnya karena aurat pada zatnya adalah yang terdapat pada jasad manusia.

Aurat secara 'aridhi bukanlah aurat yang hakiki. Jika kita mengatakan pantulan pada imej cermin itu aurat secara zat (hakiki), nescaya kita juga terpaksa menyatakan bahawa awan yang berbentuk zakar, bukit yang berupa buah dada wanita dan lain-lain dipanggil aurat dan wajib ditutupi, padahal tidak sesekali begitu! Sebab tidak sama dari segi keberadaan zatnya!

Kemudian, qiyas juga perkara ini dengan lukisan, foto, gambar, skrin TV, komputer dan lain-lain. Sekalipun, paparan skrin TV dan komputer kelihatan seperti real body pada jasad manusia, tetapi keberadaannya sama seperti pantulan imej pada cermin atau dengan kata lain paparan TV dan komputer pada skrin bukanlah aurat anggota badan yang berjasad. Ia adalah imej yang dipancarkan melalui digital, bukan anggota badan atau jasad, sepertimana cermin memaparkan pantulan imejnya pada permukaannya.

Namun, aurat 'aridhi itu ditutupi kerana menjaga kehormatan bagi seseorang, tetapi ini bukan bermakna ia ditegah secara mutlak atau dengan kata lain ia bukan haram lizatihi kerana zatnya bukan seperti anggota badan yang berjasad. Maka, ia adalah haram secara lighairihih.

Adapun sebab ia menjadi aurat 'aridhi adalah seperti gambar aurat yang tersingkap itu diperoleh daripada hasil curian (mengintai, tajassus, pemaksaan dan lain-lain), lalu diperlihatkan, maka inilah sebabnya yang diharamkan untuk dilihat.

Oleh itu, pendapat yang kuat dalam permasalahan ini adalah ia halal secara lizatihi dan haram secara lighairihih.

Matahari Ceria mengatakan...

Sudah tentu perkara ini punyai sandaran daripada dalil al-Quran dan as-Sunnah, tidak hanya pada logika semata-mata. Permasalahan ini boleh di-qiyas-kan dengan bolehnya memakai emas dan sutera (bagi lelaki) yang tidak original. Hal ini kerana emas dan sutera yang tidak original dengan emas dan sutera yang original berbeza dari segi zatnya, maka pengharaman emas dan sutera tidak tercangkup dengan emas dan sutera yang tidak original kerana pengharaman tersebut adalah ditujukan pada emas dan sutera yang original. Jika 'illatnya adalah tidak sama dari segi keberadaan zat sesuatu perkara, maka permasalahan ini, yakni melihat aurat pada bayangan cermin mempunyai sama 'illat. Kedua-dua perkara saling berkongsi akan 'illatnya, maka tidak salah melihat aurat pada bayangan cermin atau selainnya.

Matahari Ceria mengatakan...

Saya fikir sesiapa yang ingin mengamalkan fiqh mazhab az-Zahiri, dia boleh melakukannya, yakni melihat pinangan secara bertelanjang dengan pasangan saling bertukar foto dengan kerelaan masing-masing dan aman daripada fitnah. Wallahua'lam.

Matahari Ceria mengatakan...

Menonton porno juga tidak bererti meredhai maksiat tersebut. Semuanya bergantung pada niat masing-masing. Saya katakan tadi, tidak haram memakai sutera dan emas yang tidak original bagi lelaki, adakah dikira ia meredhai seperti orang yang melakukan maksiat, yakni memakai sutera dan emas yang original? Sudah tentu tidak! Kelihatan serupa bukan bermakna adanya unsur keredhaan. Kecuali jika pelakunya, yakni mereka yang memakai sutera dan emas yang tidak original kemudian berbangga-bangga seperti orang yang memakai sutera dan emas yang original, inilah yang diharamkan (haram secara lighairihi) kerana niatnya. Samalah seperti seseorang yang meminum air jus epal, tetapi peminumnya melagak seperti orang mabuk yang meneguk khamar, sudah tentu perbuatannya itu diharamkan kerana berniat dan meredhai maksiat orang yang meminum khamar. Yang diharamkan bukanlah pada air jus epalnya, tetapi pada niatnya.

Sama juga untuk permasalahan ini. Hal ini kerana menontonnya (seperti melalui pantulan bayangan cemrin) adalah halal secara zatnya, yang diharamkan adalah melihat melalui anggota badan yang berjasad dan melakukan perbuatan tersebut. Sesiapa yang meredhainya, ia mendapat dosa kerana pada niatnya. Bukannya dosa tersebut pada zatnya, tetapi pada niatnya. Wallahua'lam.

Poskan Komentar

Copyright © KAJIAN ISLAM SEPUTAR SEKS - DONK 2014-2015
Ikuti Kami di Facebook & Fans Page