0508. STOP MENCELA MAKANAN . . . !

• Nur Chotimah

Assalamu'alaikum...
"stop mencela makanan"

"Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
“Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.”
(Muttafaq ‘alaih)

Allah berfirman tentang makanan,
“Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya”
(Surah ‘Abasa 80:24)

Akhlak Rasulullah saw, seperti yang telah Allah katakan dalam surah Al-Ahzab ayat 21
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang”.


Apakah hikmah disebalik perbuatan Rasulullah saw terhadap makanan yang terhidang dihadapannya? Yakinlah bahawa setiap yang Rasulullah saw lakukan pastinya datang dari Allah.
Dia telah mengajar kita melalui peribadi baginda.

Makanan merupakan sumber utama penjana tenaga untuk menjalani kehidupan kita. Setiap hari kita pasti akan makan dan setiap kali kita makan adakah kita akan mengambil sedikit masa untuk memerhatikan makanan tersebut? Memerhatikan dan memikirkan dari manakah asal usul makanan tersebut.
Pelbagai bentuk, rasa dan warna.
Namun, asalnya tetap sama, dari satu sumber yang telah menjadikannya. Ya, Allah lah yang menjadikan makanan tersebut! Inilah nikmat yang tidak terhingga nilainya. Layakkah kita menghina nikmat yang dikurniakan Ar-Rahim?
Siapakah kita berbanding Ilahi? Pernahkan anda terfikir tentang penduduk di Bumi ini yang tidak dapat merasai nikmat makanan walau sesuap nasi pun? Tidak, jangan sesekali kita mencemuh nikmatNya. Takut-takut nanti, tatkala Allah menarik nikmat makanan dari kita, tiada apa yang berguna lagi.

Maka, wahai sahabat-sahabat marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada. Hanya pujian berhak untuk nikmat makanan ini, seperti dalam satu lagi sunnah nabi:-
Dari Jabir r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya,lalu mereka berkata:
“Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka,sebaik-baik lauk pauk ialah cuka.”
(Riwayat Muslim)

LINK ASAL :
https://www.facebook.com/groups/545259458845146?view=permalink&id=622623474442077&_rdr#623037371067354

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © KAJIAN ISLAM SEPUTAR SEKS - DONK 2014-2015
Ikuti Kami di Facebook & Fans Page